TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B



TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B
PEMBOLEH UBAH (Variables: Manipulated, Responding, Constant)
1. Baca soalan dan kemudian gariskan perkataan-perkataan seperti berikut BERBEZA, BERLAINAN, diperhatikan, diukur, direkod, Sama,  Kekal, Tetap

Pemboleh Ubah Manipulasi(PM):Apa yang diubah/ditukar/berlainan/berbeza
Pemboleh Ubah Bergerak Balas(PB): Apa yang diperhatikan/dilihat/diukur
Pemboleh Ubah Dimalarkan: Apa yang ditetapkan sama dan kekal sepanjang eksperimen.
2.Semasa menulis pemboleh ubah, anda perlu menambah PARAMETER.
Contoh-Contoh Parameter: Isipadu, Masa, Panjang, Suhu, Kuantiti, Jenis, Bilangan,Tempoh, Jarak, Keadaan, Kecerahan, Kehadiran, Saiz, Warna

3. Pemboleh ubah juga boleh dicari berdasarkan jadual dan Rajah

MAKLUMAT(Information)
Cara Menjawab Maklumat:
-Berikan PM dan PB
TUJUAN (PURPOSE)
Cara Menjawab tujuan:
Untuk menyiasat hubungan di antara PM dan PB.
 
PEMERHATIAN (Observation)
Cara Menjawab Pemerhatian:
  1. Berikan apa yang dapat kita lihat daripada gambar rajah atau keputusan eksperimen.
  2.  Kalau melibatkan perbandingan 2 objek, tulis seperti ini:__ (Apa)__ lebih __(banding)__ berbanding dengan __(Apa)__.
  3. Kalau pemerhatian melebihi 2 objek, tulis seperti ini:
    ________(Apa)_________ paling ________(Corak)_________.

CORAK/POLA (Trend)
Cara Menjawab Corak / Pola Perubahan: 
  • bertambah/meningkat, berkurang/menurun, tidak berubah

​Catatan:
*Boleh terdiri daripada 2 corak, seperti
meningkat kemudian mendatar
meningkat kemudian menurun

INFERENS/SEBAB (Reason)
Cara Menjawab Inferens:
  1. Kalau soalan inferens selepas pemerhatian atau corak, jawab seperti berikut:

    ___(pemerhatian)____ kerana __(sebab)________.
  2. Jika hanya soalan inferens tanpa susulan awal, jawab dengan:
    Kerana …...
    Sebab ……
RAMALAN (Prediction)

Cara Menjawab Meramal:
  1. Dalam UPSR, soalan membuat ramalan ada 3 jenis
    1. Ramalan secara tepat
      1. Melibatkan pengiraan. Terdapat satu nombor dalam menulis jawapan. Cara menjawab:
      2. Tuliskan satu nombor, daripada pengiraan jika melibatkan pengiraan atau apabila melibatkan hukum Sains.
      3. Kalau ada unit, tulis unit.
    2. Ramalan secara anggaran atau julat tertentu
      1. Cara Menjawab: Tuliskan satu nombor daripada julat jawapan.
    3. Ramalan dengan menggunakan ayat.
      1. Tuliskan satu ayat yang jelas tentang ramalan yang dibuat.
      2. Mulakan ayat dengan Akan ......

HUBUNGAN, HIPOTESIS DAN KESIMPULAN ( Relationship, Hypothesis, Conclusion)

Cara Menjawab Soalan Hubungan, Hipotesis, dan Kesimpulan:
  1. Kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi (PM) dan bergerak balas (PB).
  2. Lengkapkan ayat dengan format berikut:
    Semakin ……(corak)……… PM, semakin ………(corak)……. PB.

​Catatan:
  1. Bagi Hipotesis dan kesimpulan, cara menulis hubungan juga boleh digunakan.
  2. Hipotesis dan kesimpulan juga boleh terdiri daripada kesimpulan umum, seperti:
  • Pengaratan berlakunya dengan adanya air dan udara.
  • Tumbuhan akan bergerak balas terhadap sentuhan.
  • Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.
  • Tumbuhan memerlukan cahaya untuk menjalankan fotosintesis.
  • Terdapat haiwan yang mempunyai 2 organ pernafasan.
  • Setiap manusia mempunyai kadar pernafasan yang berbeza. 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 4 UNIT 4 : PROSES HIDUP HAIWAN

NOTA DAN LATIHAN TAHUN 5 UNIT 7 : ELEKTRIK