NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 6 UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

1. Maksud Kepupusan Haiwan
- lenyapnya atau tiadanya haiwan di muka bumi ini

2. Haiwan yang telah pupus
- mamot, burung dodo, serigala tasmania, dinosaur

3. Maksud diancam kepupusan
- apabila bilangannya semakin berkurang dan boleh menjadi pupus pada masa hadapan.

4. Haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan
- penyu, badak sumbu, dugong, tongkat ali, periuk kera, rafflesia

5. Aktiviti manusia yang mengancam haiwan dan tumbuhan
- Pembalakan, Pemburuan, Penerokaan kawasan
- Tumpahan minyak, Pembuangan sampah, Pembuangan sisa toksik

6. Maksud Pemeliharaan Haiwan dan Tumbuhan
- usaha untuk mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan

7. Langkah-Langkah Pemeliharaan Haiwan dan Tumbuhan
- Mengadakan Kempen anti pembalakan dan pemburuan haram
- Mendidik masyarakat tentang kepentingan memelihara haiwan dan tumbuhan
- Mewujudkan hutan simpan atau Taman Negara
- Menguatkuasakan undang-undang
- Elakkan membeli atau makan produk daripada haiwan atau tumbuhan yang diancam kepupusan

8. Maksud Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan
- usaha untuk mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal

9. Langkah-Langkah Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan
- Mewujudkan Pusat Rehabilitasi
- Menanam Semula pokok di kawasan pembalakan

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 4 UNIT 4 : PROSES HIDUP HAIWAN

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B

NOTA DAN LATIHAN TAHUN 5 UNIT 7 : ELEKTRIK