TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B
TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B
PEMBOLEH UBAH (Variables: Manipulated, Responding, Constant)
1. Baca soalan dan kemudian gariskan perkataan-perkataan seperti
berikut BERBEZA, BERLAINAN, diperhatikan, diukur, direkod, Sama, Kekal, Tetap
Pemboleh Ubah
Manipulasi(PM):Apa yang diubah/ditukar/berlainan/berbeza
Pemboleh Ubah Bergerak Balas(PB): Apa yang diperhatikan/dilihat/diukur
Pemboleh Ubah Dimalarkan: Apa yang ditetapkan sama dan kekal sepanjang eksperimen.
Pemboleh Ubah Bergerak Balas(PB): Apa yang diperhatikan/dilihat/diukur
Pemboleh Ubah Dimalarkan: Apa yang ditetapkan sama dan kekal sepanjang eksperimen.
2.Semasa menulis
pemboleh ubah, anda perlu menambah PARAMETER.
Contoh-Contoh Parameter: Isipadu, Masa, Panjang, Suhu, Kuantiti, Jenis, Bilangan,Tempoh, Jarak, Keadaan, Kecerahan, Kehadiran, Saiz, Warna
Contoh-Contoh Parameter: Isipadu, Masa, Panjang, Suhu, Kuantiti, Jenis, Bilangan,Tempoh, Jarak, Keadaan, Kecerahan, Kehadiran, Saiz, Warna
MAKLUMAT(Information)
Cara Menjawab Maklumat:
TUJUAN
(PURPOSE)
Cara Menjawab tujuan:
PEMERHATIAN
(Observation)
Cara Menjawab Pemerhatian:
- Berikan apa yang dapat kita lihat daripada gambar rajah atau keputusan eksperimen.
- Kalau melibatkan perbandingan 2 objek, tulis seperti ini:__ (Apa)__ lebih __(banding)__ berbanding dengan __(Apa)__.
- Kalau pemerhatian melebihi 2 objek, tulis seperti ini:
________(Apa)_________ paling ________(Corak)_________.
CORAK/POLA
(Trend)
Cara Menjawab Corak / Pola Perubahan:
- bertambah/meningkat, berkurang/menurun, tidak berubah
Catatan:
meningkat kemudian mendatar
meningkat kemudian menurun
INFERENS/SEBAB
(Reason)
Cara Menjawab Inferens:
- Kalau soalan inferens selepas pemerhatian atau corak, jawab
seperti berikut:
___(pemerhatian)____ kerana __(sebab)________. - Jika hanya soalan inferens tanpa susulan awal, jawab
dengan:
Kerana …...
Sebab ……
RAMALAN
(Prediction)
Cara Menjawab Meramal:
- Dalam UPSR, soalan membuat ramalan ada 3 jenis:
- Ramalan secara tepat
- Melibatkan pengiraan. Terdapat satu nombor dalam menulis jawapan. Cara menjawab:
- Tuliskan satu nombor, daripada pengiraan jika melibatkan pengiraan atau apabila melibatkan hukum Sains.
- Kalau ada unit, tulis unit.
- Ramalan secara anggaran atau julat tertentu
- Cara Menjawab: Tuliskan satu nombor daripada julat jawapan.
- Ramalan dengan menggunakan ayat.
- Tuliskan satu ayat yang jelas tentang ramalan yang dibuat.
- Mulakan ayat dengan Akan ......
HUBUNGAN,
HIPOTESIS DAN KESIMPULAN ( Relationship, Hypothesis, Conclusion)
Cara Menjawab Soalan Hubungan, Hipotesis, dan Kesimpulan:
- Kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi (PM) dan bergerak balas (PB).
- Lengkapkan ayat dengan format berikut:
Semakin ……(corak)……… PM, semakin ………(corak)……. PB.
Catatan:
- Bagi Hipotesis dan kesimpulan, cara menulis hubungan juga boleh digunakan.
- Hipotesis dan kesimpulan juga boleh terdiri daripada kesimpulan umum, seperti:
- Pengaratan berlakunya dengan adanya air dan udara.
- Tumbuhan akan bergerak balas terhadap sentuhan.
- Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.
- Tumbuhan memerlukan cahaya untuk menjalankan fotosintesis.
- Terdapat haiwan yang mempunyai 2 organ pernafasan.
- Setiap manusia mempunyai kadar pernafasan yang berbeza.
Hi tc
ReplyDeleteHi Bryan Chen!
Delete