Posts

Showing posts from March, 2018

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 4 UNIT 8: PENGARATAN

1. Maksud Karat? Lapisan perang kemerah-merahan terbentuk pada permukaan besi dan keluli 2. Objek-Objek yang berkarat adalah diperbuat daripada besi seperti: paku, skru, klip kertas, jarum, paku tekan, 3. Apakah faktor-faktor pengaratan ? Terdedah kepada Air DAN Udara  4. Cara-cara MENCEGAH Pengaratan : Mengecat Menyapu minyak atau gris Menyandur permukaan besi dengan logam lain yang tidak berkarat seperti TIMAH Menyalut dengan plastik 5. Kepentingan Mencegah Pengaratan : Objek atau struktur  tahan lebih lama Objek menjadi bersih dan cantik Objek atau struktur selamat digunakan Menjimatkan Kos 6. Apakah Kebaikan Kalsium Klorida Kontang ? MENYERAP WAP AIR YANG TERDAPAT DALAM UDARA MENCEGAH PENGARATAN DARIPADA BERLAKU 7. Apakah yang akan berlaku apabila sesuatu objek itu berkarat? BERAT objek akan bertambah Tidak tahan lama Mudah rosak

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 4 UNIT 7: SIFAT BAHAN

1. Apakah SUMBER ASAS BAHAN? Tumbuhan Batuan Haiwan Petroleum 2. Tumbuhan BAHAN : KAYU, KAPAS, GETAH CONTOH OBJEK: pintu kayu, buku, tuala, baju, sarung tangan, tayar, pemadam 3. Batuan BAHAN: LOGAM, TANIH CONTOH OBJEK: emas, kunci, duit syiling, kaca, guli, gelas, seramik, pasu, cermin, jubin 4. Haiwan BAHAN: KULIT, SUTERA, BULU CONTOH OBJEK: tali pinggang, beg tangan, kasut kulit, kain sutera, selimut, baju panas 5. Petroleum BAHAN: KAIN SINTETIK, PLASTIK CONTOH OBJEK: baju hujan, khemah, payung, sudu plastik, baldi, penyedut minuman 6. Apakah SIFAT - SIFAT BAHAN? Kebolehan menyerap air Keapungan Kekenyalan Kebolehan mengalirkan arus elektrik Kebolehan mengalirkan haba Kebolehan penembusan cahaya 7. Maksud Konduktor Elektrik Bahan yang BOLEH mengalirkan arus elektrik 8. Maksud Penebat Elektrik Bahan yang TIDAK BOLEH mengalirkan arus elektrik 9. Maksud Konduktor Haba Bahan yang BOLEH mengalirkan haba 10. Maksud Pen

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 4 UNIT 6: PENGUKURAN

1. Definisi PANJANG  Jarak antara dua titik 2. Cara manusia mengukur panjang pada ZAMAN DAHULU  Jengkal Tapak kaki Hasta Depa  3. Panjang boleh juga diukur dengan menggunakan objek : Klip Kertas, Batang Mancis, Tali, Penyedut minuman 4. Mengapa cara mengukur panjang pada zaman dahulu dan menggunakan objek tidak sesuai digunakan? Tidak dapat memberikan bacaan yang seragam/piawai/tepat 5. Alat mengukur panjang yang piawai ialah, Pembaris  Pita Pengukur  6. Apakah UNIT piawai bagi ukuran Panjang ? milimeter (mm) sentimeter (cm) meter (m) kilometer (km) 7.  Definisi LUAS Besarnnya sesuatu permukaan 8. Cara mengira Luas  Panjang x Lebar = Luas 9. Apakah UNIT piawai bagi ukuran Luas ? milimeter persegi (mm2) sentimeter persegi (cm2) meter persegi (m2) kilometer persegi (km2)    10. Definisi ISI PADU Besarnnya sesuatu ruang 11. Cara mengira Isi padu Panjang x Lebar x Tinggi = Isi Padu 11. Apakah unti piawai bagi ukuran Isi Pa

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 4 UNIT 5: PROSES HIDUP TUMBUHAN

1. Tumbuhan bergerak balas kepada RANGSANGAN iaitu: Air ( akar tumbuh ke arah air ) Cahaya Matahari ( pucuk, daun dan batang tumbuh ke arah cahaya matahari ) Graviti ( akar tumbuh ke arah tarikan graviti ) Sentuhan ( bahagian tumbuhan akan bergerak balas dengan menguncupkan daunnya) 2. Definisi Fotosintesis Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri 3. Apakah KEPERLUAN proses fotosintesis?  Klorofil  Karbon Dioksida ( Co2 )  Cahaya Matahari  Air ( H2O ) 4. HASIL fotosintesis Oksigen ( O2 ) Kanji (makanan) 5. KEPENTINGAN tumbuhan kepada Manusia dan Haiwan  Sumber makanan kepada Manusia dan Haiwan  Oksigen yang dibebaskan digunakan oleh Manusia dan Haiwan untuk Bernafas 6. KEISTIMEWAAN Tumbuhan Dapat membuat makanannya sendiri

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 6 UNIT 10: GERHANA

Image
Gerhana Bulan Bagaimana Gerhana  Bulan berlaku? - Berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan - Berlaku apabila Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan Gerhana Bulan PENUH - berlaku apabila seluruh Bulan berada di kawasan bayang-bayang Bumi yang gelap penuh (UMBRA) Gerhana Bulan SEPARA -berlaku apabila sebahagian Bulan berada di kawasan bayang-bayang Bumi yang gelap Separa (PENUMBRA) Gerhana Matahari Bagaimana Gerhana Matahari berlaku? - Belaku apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi - Berlaku apabila Bulan menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke Bumi Mengapa Gerhana Penuh bulan berlaku lebih lama berbanding Gerhana Penuh Matahari? - Kerana bayang-bayang Bumi lebih besar daripada bayang-bayang Bulan

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 6 UNIT 12 : MESIN

Maksud Mesin Ringkas - ialah alat yang membolehkan sesuatu kerja dilakukan dengan lebih mudah dan cepat Jenis-jenis Mesin Ringkas a) Satah Condong - Permukaan yang disendengkan(Sloping Surface) - menggerakkan beban yang berat - contoh: Jalan yang berliku-liku ke atas bukit, memasukkan barang ke dalam lori b) Skru - satah condong berlingkar(bebenang) - Mengetatkan dua objek - Contoh: Apit-G, Pili air, Gerudi Tangan c) Tuas - sebatang rod yang bergerak pada satu titik tetap yang dipanggil Fulkrum - mengangkat dan menggerakkan objek dengan mudah - Terbahagi kepada tiga: a) TUAS KELAS PERTAMA (Beban, Fulkrum, Daya)     : Playar, Gunting, Jongang jongket, Pengetip Kuku b) TUAS KELAS KEDUA ( Fulkrum, Beban, Daya)       : Kereta Sorong, Pembuka Botol, Pemecah kekerasan, Pemotong Kertas c) TUAS KELAS KETIGA (Fulkrum, Daya, Beban)     : Pengepit Ais, Lengan Manusia, Joran, Penyapu d) Takal - roda beralur yang bergerak bebas - mengangkat ata

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 4 UNIT 4 : PROSES HIDUP HAIWAN

ORGAN-ORGAN Pernafasan Haiwan Peparu Insang Kulit lembap Spirakel Contoh Haiwan bernafas melalui PEPARU: Penyu Ikan paus Buaya Kucing Contoh Haiwan bernafas melalui INSANG: Berudu Ikan pari Udang Ikan Ketam Contoh Haiwan bernafas melalui SPIRAKEL: Beluncas Rama-Rama Lipas Lalat Belalang Contoh Haiwan bernafas melalui KULIT LEMBAP: Cacing Siput Lintah Contoh Haiwan bernafas melalui PEPARU dan KULIT LEMBAP: Katak Newt Salamander CONTOH soalan KBAT 1. Apakah Kelebihan haiwan yang bernafas melalui 2 ORGAN PERNAFASAN? - Dapat HIDUP di AIR dan DARAT 2. Apakah yang akan berlaku sekirannya kepala Belalang direndam di dalam air? Mengapa? - Tidak akan Mati. Kerana Belalang bernafas melalui spirakel yang terletak pada abdomennya.

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 6 UNIT 11: BURUJ

Maksud Buruj - ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk sesuatu corak tertentu di langit pada waktu malam Contoh - Contoh Buruj a) Belantik (Orion) - paling menonjol (the brightest) - bercorak Seorang Pemburu b) Pari (Southern Cross) - paling kecil - terdiri daripada 4 bintang - bercorak Layang-Layang/Salib c) Biduk (Big Dipper) - terdiri daripada 7 bintang - bercorak Senduk d) Skorpio (Scorpio) - mucul di bahagian hemisfera selatan - bercorak kala jengking Kegunaan Buruj - petunjuk arah pada zaman dahulu seperti Kompas    : Buruj Belantik dan biduk (arah utara)    : Buruj Pari (arah selatan) - petunjuk musim seperti Kalendar    : Buruj Skorpio (musim menuai)    : Buruj Belantik (menentukan arah kiblat orang islam) - digunakan oleh ahli astronomi untuk mengkaji bintang-bintang

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 4 UNIT 3: PROSES HIDUP MANUSIA

1. Pernafasan > Manusia memerlukan Oksigen untuk bernafas >  ORGAN: Peparu > Bernafas melalui: Hidung-Trakea-Peparu > Ketika menarik nafas, dada Mengembang > Ketika menghembus nafas, dada Mengempis > Maksud Kadar Penafasan: Bilangan pergerakan  dada naik dan turun dalam satu minit 2. Perkumuhan Maksud: proses penyingkiran bahan buangan daripada badan ORGAN: Kulit, Peparu, Ginjal Hasil Perkumuhan: Peluh, Karbon Dioksida, Air kencing(urea, garam mineral) Cara Perkumuhan: Berpeluh, Menghembus Nafas, Kencing 3. Penyahtinjaan Maksud: proses penyingkiran sisa makanan yang tidak tercerna daripada badan ORGAN: Usus Kecil, Usus Besar, Dubur Hasil Penyahtinjaan: Tinja 4. Kepentingan Perkumuhan dan Penyahtinjaan - Mengekalkan kesihatan - Mengawal suhu badan manusia 5. Mengapa Manusia bergerak balas terhadap rangsangan ? - Untuk melindungi diri daripada bahaya. 6. Pewarisan Manusia : > Ciri-ciri yang diwarisi oleh manus

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 6 UNIT 9: BAHAN BUANGAN

1. Maksud Bahan Buangan - Bahan yang tidak diperlukan lagi 2. Jenis Bahan Buangan a) Bahan kumuh dan tinja b) Sisa toksik( bahan kimia, asap kenderaan, cecair bateri) c) Organik ( sisa makanan, kertas) d) Bukan organik (Logam, Plastik, Kaca) 3. Maksud Terbiodegradsikan - Bahan yang telah direputkan oleh mikroorganisma dan menjadi bahan organik 4. Maksud Tidak Terbiodegradsikan - Bahan yang tidak boleh direputkkan oleh mikroorganisma dan mencemarkan alam sekitar 5. Kesan Pembuangan Bahan Buangan - Pencemaran udara - Pencemaran air - Banjir kilat - Masalah kesihatan 6. Amalan dan Pengurusan Bahan Buangan Secara Terancang - Bahan buangan hendaklah dibungkus dan diikat dengan kemas - Bahan buangan hendaklah diasingkan mengikut jenis bahan    - Biru (kertas)    - hijau (sisa makanan)    - Jingga (plastik dan logam)    - Perang (kaca) - Gunakan bekas khas untuk membuang bahan kimia dan sisa minyak - Hasilkan baja kompos menggunakan s