Posts

Showing posts from February, 2018

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 6 UNIT 8: PENGAWETAN MAKANAN

1. Punca Kerosakan Makanan - Akibat kehadiran mikroorganisma seperti bakteria dan kulat(fungi) 2.Pertumbuhan Mikroorganisma memerlukan: - udara, Keasidan yang sesuai, Air, Suhu yang sesuai. 3. Ciri - Ciri Makanan Yang Rosak - Rasa tidak sedap - Bau yang tidak menyenangkan - Berkulat - Perubahan warna - Perubahan tekstur 4. Maksud Pengawetan Makanan - kaedah pemprosesan makanan supaya makanan tidak rosak dan dapat disimpan lebih lama 5. Kaedah Pengawetan Makanan - Pendidihan (Boiling) - Penjerukan (Pickling) - Pengeringan (Drying) - Pembungkusan Vakum (Vacuum Packing) - Pendinginan dan Penyejukbekuan (cooling and freezing) - Pemasinan (Salting) - Pelilinan (Waxing) - Pengetinan dan Pembotolan (canning and bottling) - Penyalaian (smoking) - Pempasteuran (pasteurisation) melibatkan dua proses utama- Pemanasan- Penyejukan 6. Kepentingan Pengawetan Makanan - Senang disimpan dan mudah diangkut - Mencegah Pembaziran - Mengingkatka

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 6 UNIT 7: KELAJUAAN

1. Maksud Kelajuan Ukuran cepat atau lambat sesuatu pergerakan dari suatu tempat ke tempat yang lain 2. Unit Bagi Kelajuan: a) Sentimeter per saat (cm/s) b) Meter per saat (m/s) c) Kilometer per jam (km/j) 3. Alat yang digunakan untuk mengukur kelajuan - Speedometer 4. Formula Mengira LAJU -   Jarak / Masa = Laju 5. Formula Mengira Jarak - Laju x Masa = Jarak 6. Formula Mengira MASA - Jarak / Laju = Masa

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 6 UNIT 6: DAYA

1. Maksud Daya  tarikkan atau tolakkan yang bertindak ke atas sesuatu objek 2. Kesan-Kesan Daya  Mengubah bentuk objek  Mengubah arah pergerakan objek  Mengubah kelajuan Objek  Menggerakkan objek pegun  Memberhentikan objek yang bergerak 3. Maksud Daya Geseran  daya yang terhasil apabila dua permukaan bersentuhan antara satu sama lain 4. Faktor -Faktor yang mempengaruhi daya geseran     a) Jenis Permukaan     b) Jisim Objek 5. Kesan Daya Geseran a) baik - dapat memperlahankan atau menghentikan pergerakan objek, menghasilkan bunyi, berjalan, berlari, menulis, kekal pegun, memegang objek b) Buruk- Menyebabkan permukaan objek menjadi haus, Pembaziran tenaga, menghasilkan Bunyi, menghasilkan haba 6. Cara - Cara menambahkan daya geseran - Permukaan kasar, permukaan kering, corak pada permukaan 7. Cara - Cara mengurangkan daya geseran - menggunakan pelincir, menggunakan bedak talkum, menggunakan alas, permukaan licin atau berminyak

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 6 UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

1. Maksud Kepupusan Haiwan - lenyapnya atau tiadanya haiwan di muka bumi ini 2. Haiwan yang telah pupus - mamot, burung dodo, serigala tasmania, dinosaur 3. Maksud diancam kepupusan - apabila bilangannya semakin berkurang dan boleh menjadi pupus pada masa hadapan. 4. Haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan - penyu, badak sumbu, dugong, tongkat ali, periuk kera, rafflesia 5. Aktiviti manusia yang mengancam haiwan dan tumbuhan - Pembalakan, Pemburuan, Penerokaan kawasan - Tumpahan minyak, Pembuangan sampah, Pembuangan sisa toksik 6. Maksud Pemeliharaan Haiwan dan Tumbuhan - usaha untuk mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan 7. Langkah-Langkah Pemeliharaan Haiwan dan Tumbuhan - Mengadakan Kempen anti pembalakan dan pemburuan haram - Mendidik masyarakat tentang kepentingan memelihara haiwan dan tumbuhan - Mewujudkan hutan simpan atau Taman Negara - Menguatkuasakan undang-undang - Elakkan membeli atau makan produk daripada haiwan ata

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 6 UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN

1. Maksud Interaksi - perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan keperluan asas. 2. Maksud a) Interspesies - interaksi antara spesies yang berlainan b) Intraspesies - interaksi antara spesies yang sama 3. Haiwan yang hidup secara berkumpulan - Gajah, Lebah, ayam, kuda, zebra, singa 4. Haiwan yang hidup secara bersendirian - Tapir, Harimau, helang, Beruang, Ular 5.  Kelebihan Hidup a) Berkumpulan - berkerjasama mendapatkan makanan, berkerjasama membuat sarang, melindungi anak-anak, menjaga keselamatan ahli kumpulan, mengawal wilayah daripada dicerobohi b) Bersendirian - mengelak persaingan mendapatkan makanan, mengurangkan persaingan mendapatkan wilayah, mengurangkan persaingan mendapatkan pasangan 6. Kekurangan Hidup a) Berkumpulan - mudah dijangkiti penyakit, haiwan lemah sukar untuk menyelamatkan diri daripada musuh, b) Bersendirian - Sukar mempertahankan diri daripada musuh, mengalami

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 6 UNIT 3: MIKROORGANISMA

1. Maksud Mikroorganisma - hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. 2. 5 Jenis mikroorganisma & contoh a) Fungi - Yis & Mukor b) Protozoa - Ameba & Paramesium c) Alga - Fitoplankton & Spirulina d) Bakteria - Salmonela & Escherichia Coli e) Virus -HIV & Influenza 3. Proses hidup microorganisma - Bernafas-Bertumbuh-Bergerak 4. 5 Faktor pertumbuhan mikroorganisma - Nutrien, Kelembapan, Nilai pH(7pH), Suhu, Cahaya 5. Kesan Buruk Mikroorganisma - Menyebabkan penyakit seperti selesma - Menyebabkan keracunan makanan - Menyebabkan makanan menjadi basi - Menyebabkan pereputan gigi 6. Faedah Mikroorganisma - Untuk membuat makanan(Roti) - Untuk menghasilkan Vaksin dan antibiotik - Untuk menghasilkan baja 7. Langkah-Langkah Mencegah Penyakit Berjangkit - Menutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin - Memakai penutup hidung dan mulut ketika wabak penyakit berjangkit. - Mengkuarantin p