NOTA DAN LATIHAN TAHUN 5 UNIT 5: TENAGA

1. Sumber Tenaga
  • Air, Matahari, Angin, Biojisim, Ombak, Bateri, Bahan Api Fosil, Nuklear, Makanan
2. Jenis-Jenis bentuk TENAGA dan Penerangannya
  • Tenaga Keupayaan - tersimpan dalam objek mengikut kedudukan dan keadaan
  • Tenaga Haba - panas
  • Tenaga Bunyi - objek yang bergetar
  • Tenaga Kinetik - objek yang bergerak
  • Tenaga Elektrik - pengaliran cas elektrik
  • Tenaga Suria - matahari dan diserap menggunakan panel suria atau sel suria
  • Tenaga Cahaya - memancarkan cahaya
  • Tenaga Nuklear - berasal daripada bahan nuklear seperti uranium
  • Tenaga Kimia - tenaga yang tersimpan dalam makanan, bahan api fosil, biojisim, bateri
3. Contoh Perubahan Bentuk Tenaga
  1. Lampu suluh : Tenaga Cahaya ===> Tenaga Elektrik ===> Tenaga Cahaya + Tenaga Haba
  2. Televisyen : Tenaga Elektrik ==> Tenaga Cahaya + Tenaga Bunyi + Tenaga Haba
  3. Lilin : Tenaga Kimia ===> Tenaga Cahaya + Tenaga Haba
  4. Radio : Tenaga Elektrik ===> Tenaga Bunyi
  5. Mengayuh Basikal : Tenaga Kimia ==> Tenaga Kinetik
  6. Sebiji buah durian gugur : Tenaga Keupayaan ===> Tenaga Kinetik ===> Tenaga Bunyi
  7. Kalkulator Tenaga Suria : Tenaga Suria ===> Tenaga Elektrik + Tenaga Cahaya
4. Definisi Sumber Tenaga BOLEH dibaharui
  • Tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan
5. Contoh Sumber Tenaga boleh dibaharui
  • Matahari, Biojisim, Ombak, Angin, Air, Makanan
6. Definisi Sumber Yang TIDAK BOLEH dibaharui
  • Tenaga yang tidak boleh dijana setelah habis digunakan ( TERHAD )
7. Contoh sumber tenaga tidak boleh dibaharui
  • Gas Asli, Arang Batu, Bateri, Petroleum, Nuklear
8. Cara - Cara Penjimatan Tenaga
  • Menutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan
  • Hanya gunakan mesih basuh apabila penuh
  • Menggunakan peralatan elektrik yang jimat elektrik
  • Menggunakan pengangkutan awam
  • Mengamalkan kongsi kereta ke tempat kerja
  • Mengamalkan kitar semula dan guna semula


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 4 UNIT 4 : PROSES HIDUP HAIWAN

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B

NOTA DAN LATIHAN TAHUN 5 UNIT 7 : ELEKTRIK