NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 4 UNIT 9: SISTEM SURIA

Ahli-Ahli Sistem Suria
  • Matahari
  • Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun
  • Satelit Semula Jadi(BULAN)
  • Asteriod
  • Meteoroid
  • Komet
Matahari
  • Pusat sistem suria
  • Ahli sistem suria beredar MENGELILINGI matahari
  • Merupakan sebuah bintang yang mengeluarkan cahaya dan haba
 Utarid
  • Planet PERTAMA
  • Planet paling hampir dengan matahari
  • Paling Kecil
  • Tiada lapisan atmosfera
  • 430°C
  • Berputar LAWAN JAM
 Zuhrah
  • Planet KEDUA
  • Berputar mengikut arah jam
  • Planet PALING PANAS (462°C)
 Bumi
  • Planet KETIGA
  • Mempunyai AIR, UDARA DAN SUHU YANG SESUAI
  • Berputar LAWAN JAM
 Marikh
  • Planet KEEMPAT
  • Dikenali sebagai PLANET MERAH
  • Mempunyai lapisan atmosfera yang nipis
  • Berputar LAWAN JAM
 Musytari
  • Planet KELIMA
  • Planet paling besar
  • Planet Ringan kerana terbentuk daripada gas yang termampat
  • Berputar LAWAN JAM
 Zuhal
  • Planet KEENAM
  • Planet kedua terbesar
  • Mempunyai gelang yang terbentuk daripada ais dan debu
  • Berputar LAWAN JAM
 Uranus
  • Planet KETUJUH
  • Atmosfera mengandungi Metana yang menjadikannya berwarna Biru kehijauan
  • Berputar pada sisinya menyebabkan sebahagiannya sentiasa waktu malam
Neptun
  • Planet KELAPAN
  • Planet yang paling jauh dan sejuk
  • Terbentuk daripada gas
  • Berputar LAWAN JAM
Asteroid
  • Batuan logam terapung yang beredar mengelilingi Matahari
  • Jalur Asteroid berada di dalam lingkaran di antara Planet Marikh dan Musytari
Meteoroid
  • Ketulan batu atau logam yang terapung
  • Beredar di angkasa lepas
Meteor
  • Meteoroid yang memasuki ruang atmosfera Bumi
  • Graviti Bumi menyebabkan Meteor tertarik ke arah Bumi
  • Menghasilkan coretan cahaya 
Meteorit
  •  Meteor yang terhempas di permukaan Bumi
Komet
  • Terdiri daripada gas-gas beku, batuan dan debu yang beredar mengelilingi Matahari
  • Apabila menghampiri Matahari, sebahagian daripada ais bertukar menjadi gas dan membentuk ekor komet yang panjang dan bersinar
PUTARAN DAN PEREDARAN PLANET
  1. Semua planet berputar pada paksinya mengikut arah lawan jam KECUALI planet Zuhrah dan Uranus 
  2. Semua planet beredar mengelilingi Matahari mengikut orbit masing-masing
SAIZ DAN JARAK RELATIF ANTARA BUMI, BULAN DAN MATAHARI

                 MATAHARI: 400               BUMI: 4        BULAN: 1
  • Matahari ialah 400 kali lebih besar daripada BULAN
  • Bumi ialah 4 kali lebih besar daripada BULAN
  • Matahari ialah 100 kali lebih besar daripada BUMI
KBAT
1. RAMALKAN keadaan di Bumi jika jaraknya lebih dekat dengan Matahari?
  • KEADAAN DI BUMI AKAN MENJADI TERLALU PANAS
  • KEMANDIRIAN SPESIES DI BUMI TERGUGAT
2. RAMALKAN keadaan di Bumi jika jaraknya lebih jauh dengan Matahari?
  • KEADAAN DI BUMI AKAN MENJADI TERLALU SEJUK
  • KEMANDIRIAN SPESIES DI BUMI AKAN TERGUGAT
3. Apakah yang akan berlaku jika planet-planet tidak beredar mengikut orbit masing-masing? 
  • PLANET-PLANET AKAN BERLANGGAR DI ANTARA SATU SAMA LAIN 



Comments

Popular posts from this blog

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 4 UNIT 4 : PROSES HIDUP HAIWAN

NOTA DAN LATIHAN TAHUN 5 UNIT 7 : ELEKTRIK