NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 4 UNIT 5: PROSES HIDUP TUMBUHAN
1. Tumbuhan bergerak balas kepada RANGSANGAN iaitu:
- Air ( akar tumbuh ke arah air )
- Cahaya Matahari ( pucuk, daun dan batang tumbuh ke arah cahaya matahari )
- Graviti ( akar tumbuh ke arah tarikan graviti )
- Sentuhan ( bahagian tumbuhan akan bergerak balas dengan menguncupkan daunnya)
2. Definisi Fotosintesis
- Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri
3. Apakah KEPERLUAN proses fotosintesis?
- Klorofil
- Karbon Dioksida ( Co2 )
- Cahaya Matahari
- Air ( H2O )
4. HASIL fotosintesis
- Oksigen ( O2 )
- Kanji (makanan)
5. KEPENTINGAN tumbuhan kepada Manusia dan Haiwan
- Sumber makanan kepada Manusia dan Haiwan
- Oksigen yang dibebaskan digunakan oleh Manusia dan Haiwan untuk Bernafas
6. KEISTIMEWAAN Tumbuhan
- Dapat membuat makanannya sendiri
Comments
Post a Comment