NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 6 UNIT 12 : MESIN


Maksud Mesin Ringkas
- ialah alat yang membolehkan sesuatu kerja dilakukan dengan lebih mudah dan cepat

Jenis-jenis Mesin Ringkas

a) Satah Condong
- Permukaan yang disendengkan(Sloping Surface)
- menggerakkan beban yang berat
- contoh: Jalan yang berliku-liku ke atas bukit, memasukkan barang ke dalam lori

b) Skru
- satah condong berlingkar(bebenang)
- Mengetatkan dua objek
- Contoh: Apit-G, Pili air, Gerudi Tangan

c) Tuas
- sebatang rod yang bergerak pada satu titik tetap yang dipanggil Fulkrum
- mengangkat dan menggerakkan objek dengan mudah
- Terbahagi kepada tiga:
a) TUAS KELAS PERTAMA (Beban, Fulkrum, Daya)
    : Playar, Gunting, Jongang jongket, Pengetip Kuku
b) TUAS KELAS KEDUA ( Fulkrum, Beban, Daya)  
    : Kereta Sorong, Pembuka Botol, Pemecah kekerasan, Pemotong Kertas
c) TUAS KELAS KETIGA (Fulkrum, Daya, Beban)
    : Pengepit Ais, Lengan Manusia, Joran, Penyapu

d) Takal
- roda beralur yang bergerak bebas
- mengangkat atau menurunkkan objek
- contoh: Takal pada tiang bendera, Takal pada kapal layar, Takal mengangkat beban

e) Baji
- terdiri daripada satu atau dua satah condong yang mempunya hujung yang tajam
- memotong dan memisahkan sesuatu objek
- contoh: Gergaji, Kapak, Gunting, Pisau, Pemecah Ais

f) Roda dan gandar
- dipasang pada sebatang rod
- menggerak atau memutarkan sesuatu objek
- contoh: Pemutar skru, Pili air, Tombol pintu, stereng kereta

g) Gear
- roda atau silinder bergigi dan biasannya dipasang bersama dengan satu gear lain
- mengubah arah dan kelajuan sesuatu mesin kompleks
- Contoh: Gerudi Tangan, Pemukul Telur, Jam Tangan

Maksud Mesin Kompleks
- Alat yang mempunyai lebih daripada satu mesin ringkas

Contoh Mesin Kompleks: Jam tangan, Kereta Sorong, Gerudi tangan, Basikal, Kren, Gunting

Kepentingan Penciptaan Mesin
  • menggerakkan/mengangkat benda berat
  • bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan cepat
  • menjimatkkan masa
  • meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran
  • membantu melakukan kerja-kerja rumah
  • membantu komunikasi

Comments

  1. Sangat ringkas Dan boleh difahami dengan cepat. Anak saya masih tidak fahami apa itu mesin kerana di sekolah dia Baharu topik pemuliharaan Dan pemuliharaan. Tetapi selepas memebaca nota cikgu anak saya dah boleh menjawab soalan sains tentang mesin. Terima Kasih cikgu kerana mengeluarkan topik ini.

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya, apakah kelebihan mesin kompleks?

    ReplyDelete
  3. 😀😀😀😀😀😀😀

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

NOTA DAN LATIHAN SAINS TAHUN 4 UNIT 4 : PROSES HIDUP HAIWAN

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B

NOTA DAN LATIHAN TAHUN 5 UNIT 7 : ELEKTRIK